Sungai Petani merupakan Bandar kedua terbesar di Negeri Kedah Darul Aman. Ianya juga sedang mengalami pertumbuhan pesat dan banyak diperkatakan tentang kemajuan pembangunan yang dialaminya. Selaras dengan itu pihak Majlis juga sedang menuju ke arah bandar dalam taman dengan usaha-usaha untuk mempercantikkan persekitarannya. Pihak Majlis juga akan memperkenalkan identitinya yang tersendiri yang meliputi bunga, burung dan pokok.
Pusat bandar ini adalah terletak di tengah Alor Setar (kira-kira 50 km) dan George Town, Pulau Pinang. Sungai Petani juga merupakan Pusat Bandar yang pembangunan pesat serta perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut selain Kulim.
Bandar Sungai Petani juga merupakan bandar yang istimewa bagi Malaysia. Hal ini kerana cuti hujung minggu di sini adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.Terdapat juga stesen keretapi di Sungai Petani. Jambatan landasan keretapi yang bersejarah di Malaysia masih lagi dilihat di bandar Kedah ini di sungai, Sungai Petani di Jalan Besar, sebelah Central Square dan Ambank bukan seperti Nibong Tebal dan Sungai Bakap. Lagi satu kawasan seperti ini juga berada di Pinang Tunggal, juga dekat dengan Sungai Petani.